Syarat Permohonan
- Pemohon hendaklah berstatus warganegara Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji oleh majikan sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
- Warganegara malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh mendapatkan rawatan di wad hospital (warded) disebabkan virus COVID- 19.
- Mereka yang menepati kriteria akan diberikan wang bantuan sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh perintah kawalan atau sepanjang tempoh warded.
- Bantuan akan diberikan secara one-off (Sekali sahaja) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19.
Mereka yang melepasi syarat-syarat permohonan hendaklah memohon secara manual dengan menggunakan Borang dan beberapa dokumen-dokumen seperti berikut.
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
Muat turun Borang Permohonan
2 Comments
lps isi, mcm mnew nak htr borang2 ni?
ReplyDeleteKena pos borang ikut alamat yg diberi
ReplyDelete