Panduan mohon Bantuan RM100 Sehari akibat COVID-19 - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

March 28, 2020

Panduan mohon Bantuan RM100 Sehari akibat COVID-19


Cara mohon Bantuan RM100 Sehari akibat COVID-19 | Bantuan Khas COVID-19 oleh agensi Pengurusan Bencana (NADWA) menyediakan kepada seluruh rakyat malaysia yang terkesan akibat daripada penularan COVID-19 dengan syarat-syarat tertentu. Berikut adalah maklumat untuk membuat permohonan.


Cara mohon Bantuan RM100 Sehari akibat COVID-19


Syarat Permohonan



  • Pemohon hendaklah berstatus warganegara Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji oleh majikan sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

  • Warganegara malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh mendapatkan rawatan di wad hospital (warded) disebabkan virus COVID- 19.
Bantuan yang diberikan


  • Mereka yang menepati kriteria akan diberikan wang bantuan sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh perintah kawalan atau sepanjang tempoh warded.
  • Bantuan akan diberikan secara one-off (Sekali sahaja) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19.
Cara Memohon


Mereka yang melepasi syarat-syarat permohonan hendaklah memohon secara manual dengan menggunakan Borang dan beberapa dokumen-dokumen seperti berikut.

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)

  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)

  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
Borang permohonan hendaklah dimuatturun di laman sesawang rasmi Portal Rasmi NADMA dipautan kami telah berikan dibawah

Muat turun Borang Permohonan

2 comments:

Join Channel Telegram Graduan Semasa