Semakan Online | Hibah dan Baki Akaun Tabung Haji - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

February 07, 2020

Semakan Online | Hibah dan Baki Akaun Tabung Haji


Bagaimana cara untuk melakukan Semakan Hibah dan Baki Akaun Tabung Haji secara Online?

Apa itu Hibah Tabung Haji dan macam mana cara pengiraannya?

Kemampuan teknologi yang wujud pada masa kini menjadikan apa sahaja urusan yang anda ingin selesaikan boleh dibuat dengan hanya menggunakan hujung jari anda.

Semakan Online | Hibah dan Baki Akaun Tabung Haji sekarang boleh dilakukan dengan  cepat dan pantas!

Jangan risau, Graduan Semasa menyediakan anda panduan 
Semakan Online | Hibah dan Baki Akaun Tabung Haji dengan menyertakan segala informasi penting yang anda perlukan.
Cara Semakan Hibah dan Baki Akaun Tabung Haji Online



Dibawah, Graduan Semasa telah kongsikan kepada anda tentang panduan untuk menyemak baki tabung haji secara atas talian dengan menggunakan Maybank2U:

Cara Semak Baki Akaun Tabung Haji Online

Pertama sekali, kami menasihatkan anda agar pergi ke cawangan Tabung Haji yang terdekat untuk mengemaskini buku akaun Tabung Haji yang sedia ada.

Untuk menyemak baki akaun anda melalui Maybank, sila pastikan anda telah mendaftar akaun Tabung Haji itu dalam sistem Maybank2u.

  1. Pertamanya, sila daftar masuk terlebih dahulu ke dalam akaun Maybank2U anda.
  2. Kemudian, setelah anda daftar masuk ke akaun Maybank2u anda, sila klik pada Accounts & Banking
  3. Seterusnya klik pada bahagian menu Transfers
  4. Kemudian, klik pada menu bertulis Tabung Haji
  5. Setelah itu, klik pada menu Balance Inquiry untuk menyemak baki anda.
  6. Akhir sekali, pilih akaun No Akaun Tabung Haji yang hendak disemak baki.
Selesai! Senang saja kan? Lepas ni dah tak perlu susah payah ke cawangan Tabung Haji semata mata untuk check secara manual. Sekarang ni teknologi dah bawa ke arah "pakai hujung jari" je, tak sampai 5 minit pun dan settle.

Okay, kita dah selesai dengan cara semak baki secara atas talian, sekarang apa pula dimaksudkan dengan Hibah Tabung Haji? Adakah ianya sama dengan yang bernama Dividen?

Sila baca!

Tabung Haji: Pengenalan Dan Hibah Tabung Haji


Tabung Haji, ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 yang bertujuan tujuan untuk membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji di Mekah atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat.

Tabung ini juga diwuujudkan supaya orang-orang Islam boleh mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam.

Dividen Atau Hibah??

Ramai menganggap konsep pemberian hibah oleh Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sama dengan dividen dalam pelaburan lain, tapi sebenarnya ia bukanlah dividen tapi Hibah. Ada dua jenis Hibah iaitu Hibah Tahunan dan Hibah Haji.

Hibah ialah satu pemberian bersifat sukarela yang boleh jadi tidak diberikan pada tahun tertentu, berikutan ia menggunakan kaedah nilai aset mesti melebihi liabiliti.

Untuk pengetahuan anda, Hibah tidak sama dengan dengan dividen.

  • Hibah merupakan ‘hadiah’ yang tidak disyaratkan ke atas TH untuk diberikan kepada pendepositnya.
  • Dividen merujuk kepada pemberian sebahagian atau keseluruhan keuntungan boleh diagihkan kepada pemegang saham atau rakan kongsi.
Sejarah Dividen Tabung Haji

Di bawah kontrak Wadi’ah Yad Dhamanah, keuntungan yang dijana oleh TH menggunapakai dana simpanan pendeposit hanya menjadi hak milik pendeposit apabila TH memberi Hibah kepada pendeposit sebagai tambahan kepada simpanan pokok pendeposit.

Ini juga bermakna, simpanan pokok pendeposit tidak terjejas jika TH merekodkan kerugian kerana pendeposit tidak mengikat kontrak dengan TH untuk berkongsi keuntungan atau kerugian semasa meniagakan dana pendeposit.

Berikut dikongsikan sejarah dividen dari tahun 2010 hingga 2019:



Amaca, agak lumayan kan?

HIBAH TABUNG HAJI

Berikut merupakan senarai Kadar Hibah Tabung Haji untuk tahun 2008 hingga 2017:



Macam mana nak kira Hibah Tabung Haji ni?

Haa, mari kami tunjukkan!

Cara Kiraan Hibah Tabung Haji

Cara pengiraan hibah adalah berdasarkan purata baki simpanan bulanan terendah tahun tersebut x kadar hibah tabung haji tahun tersebut.

Jumlah Hibah anda = (Baki minima Jan-Dis / jumlah bulan(12)) x (Kadar Hibah TH)

Contoh:



Contoh Cara Kiraan Hibah Tabung Haji

Katakanlah sebagai contoh: hibah tahunan yang diumumkan oleh Tabung Haji pada tahun 201x adalah 2.00% dan dalam akaun Tabung Haji anda ada RM3,000.

Jumlah Hibah anda = (RM3,000 / jumlah bulan(12)) x 2.00% = 5

Jadi hibah yang anda akan dapat pada tahun 201x ialah RM5.

Berapa purata baki tabungan anda setiap bulan anda, angka itulah yang akan dijadikan sandaran dengan dikirakan bersama kadar dividen.

Jikalau anda punya kadar baki setiap bulan rendah, rendahlah pulangan anda pada tahun ini.

Untuk pengetahuan anda, bonus Tabung Haji hanya diberikan kepada kalangan yang menyimpan duit di Tabung Haji tetapi belum menunaikan ibadah haji lagi.

Untuk pengiraan Hibah Haji (bukan Hibah Tahunan) adalah berdasarkan kadar maksimum yang ditetapkan. Kalau untuk tahun 2017 iaitu kadar maksimum ialah RM9980.

Maknanya, kalau anda simpan RM 200k dalam Tabung Haji, Hibah Haji hanya akan dikira berdasarkan setakat RM9980 sahaja dan bukannya RM200k.

Mudah sahaja kan?

Selesai sudah pasal Hibah Tabung Haji.
Tabung Haji Online Banking

Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan sesuai dengan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat, Tabung Haji (TH) telah melancarkan Aplikasi Mobile yang dikenali sebagai THiJARI.

Walaupunbagaimanapun, ia perkhidmatan ini dihentikan untuk seketika. Tapi jangan risau, anda masih boleh akses secara online di Maybank2u, iRakyat dan BIMB Online.

KESIMPULAN

Kami harapkan perkongsian kami kali ini dapat membantu meringankan urusan hari-harian anda dengan Tabung Haji dan menjawab segala persoalan anda mengenainya.

Kongsikan artikel Semakan Hibah dan Baki Akaun Tabung Haji Online dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain untuk kita sama-sama memudahkan urusan mereka.

Selamat maju jaya kami ucapkan & terima kasih!

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa