Permohonan Guru Sekolah Rendah & Menengah KPM Lepasan SPM di Buka - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

February 29, 2020

Permohonan Guru Sekolah Rendah & Menengah KPM Lepasan SPM di Buka


Permohonan Guru IPG PISMP Sekolah Rendah & Menengah KPM Lepasan SPM kini di Buka.


Permohonan untuk menceburi bidang perguruan melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2020 Lepasan SPM telah pun di buka di seluruh negara. Untuk mereka yang baru sahaja menamatkan SPM pada tahun ini dan bercita-cita untuk membina karier sebagai seorang guru, anda adalah sangat dialu-alukan untuk memohon kemasukan ke PISMP 2020.

PISMP atau kepanjangannya Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan merupakan program guru tajaan KPM bagi pelajar lepasan SPM.

Berikut GraduanSemasa.com kongsikan antara info-info penting yang wajib anda ketahui sebelum memohon untuk menceburkan diri ke program tersebut.

Maklumat Permohonan PISMP 2020


Permohonan Guru IPG PISMP 2020 telah pun pada 24 Februari 2020 yang lalu dan dibuka sehingga 31 Mac 2020 akan datang. Diminta untuk merujuk iklan permohonan di bawah:


Hebahan Iklan Permohonan Guru Sekolah Rendah & Menengah KPM Lepasan SPM di Buka

Syarat Kelayakan Program Guru Tajaan KPM


Terdapat beberapa syarat umum yang perlu dipenuhi pelajar antaranya:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun yang dibenarkan permohonan.
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon memperoleh gred yang cemerlang [ Gred cemerlang adalah merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) subjek di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ] .
  • Calon hendaklah mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:

  1. Bahasa Melayu,
  2. Sejarah,
  3. Lulus Bahasa Inggeris,
  4. Lulus satu subjek lain.
  • Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).
Perlu diingatkan bahawa bidang yang ditawarkan didalam program ini adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut adalah antara bidang pengkhususan yang ditawarkan dengan mengikut jenis-jenis sekolah:

  • Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling
Untuk bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) anda boleh baca di sini.

Pengenalan PISMP 2020

Sebelum melayakkan diri unruk mengikuti program PISMP 2020 ini, pemohon hendaklah terlebih dahulu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama tempoh setahun atau dua semester di Institut Perguruan Guru yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysua.

Pemohon yang telah lulus di PPISMP akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang telah ditetapkan.

Untuk pengetahuan pemohon, kedua-dua PPISMP dan PISMP hendaklah dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Elaun Sara Hidup Pelajar IPG


Berita gembira buat mereka yang akan memasuki PISMP, mereka akan menerima elaun RM430 sebulan seperti biasa.

Yuran pengajian sebanyak RM27,831 akan terus ditanggung oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

Cara Memohon Online


  • Kemasukan ke program ini disiarkan dalam surat khabar tempatan setiap tahun.
  • Permohonan ke program PPISMP boleh dilakukan secara online menerusi portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my.
  • Pemohon perlu mendapatkan maklumat mengenai pengkhususan, syarat kemasukan dan kalendar akademik sebelum memohon. Hanya SATU permohonan dibenarkan untuk setiap pemohon. Permohonan yang tidak lengkap ataupun mengandungi maklumat palsu tidak akan diterima.
  • Calon yang dipanggil untuk temuduga perlu menduduki peperiksaan Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK).
  • Calon haruslah menanggung sendiri segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya hanya akan diberikan semasa calon melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang telah ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi PISMP 2020 atau download iklan penuh permohonan Guru PISMP di bawah.


No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa