Permohonan Baru BSH 2020 Secara Online & Download Borang Permohonan Manual - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

February 05, 2020

Permohonan Baru BSH 2020 Secara Online & Download Borang Permohonan Manual



Ingin melakukan pendaftaran & permohonan BSH 2020? Tak tahu nak dapatkan borang BSH secara online dan hantar borang BSH Manual? Graduan Semasa telah menyediakan panduan ringkas tentang permohonan BSH 2020 untuk anda semua.


Sekiranya anda adalah seorang individu yang mencukup syarat dan layak untuk mendapatkan BSH pada tahun ini, anda boleh melakukan permohonan yang baharu bermula 1 Februari 2020 .

Baca juga: Program Rebat Bil Elektrik RM40 (Belanjawan 2019)

Terlebih dahulu, dibawah merupakan syarat-syarat dan terma-terma tentang apa yang perlu dan tidak perlu anda lakukan untuk membuat Permohonan Baharu dan Kemaskini BSH 2020 yang telah ditetapkan oleh kerajaan.


Anda perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 hanya sekiranya:
  1. Individu yang belum membuat sebarang pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  2. Permohonan BSH 2019 yang gagal tetapi menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  3. Individu OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
Anda tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Permohonan BSH 2019 yang berjaya dan tidak mempunyai sebarang perubahan maklumat; dan
  2. Individu Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:

  • Elaun Pekerja Cacat
  • Bantuan Penjagaan OKU
  • Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
  • Bantuan Orang Tua
Berikut merupakan maklumat berkaitan tarikh pendaftaran permohonan BSH beserta cara membuat pendaftaran permohonan baru Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) bagi tahun 2020 secara atas talian dan manual.



TARIKH PENDAFTARAN & PERMOHONAN BSH BAHARU 2020
Tarikh mula dan tamat untuk Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka bermula pada 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020.

Tempoh Pendaftaran BSH 2020 adalah RASMI seperti yang dimaklumkan di dalam Portal Bantuan Sara Hidup. Anda boleh merujuk hebahan tersebut melalui pautan ini.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BSH BAHARU & KEMASKINI

Pemohon yang telah mencukupi syarat dan layak membuat permohonan BSH 2020 boleh melakukan permohonan melalui 2 kaedah utama yang disenaraikan dibawah.

Baca: Permohonan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) 2020

Iaitu permohonan BSH secara online atau secara manual dengan mengisi borang BSH. Di bawah merupakan panduan permohonan dan kemaskini ringkas untuk rujukan anda.

Permohonan BSH Secara Online

Untuk makluman, permohonan BSH 2020 boleh dilakukan secara online melalui portal BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Tempoh permohonan dan kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Di bawah merupakan pautan khas permohonan BSH yang pemohon boleh gunakan untuk mengemukakan permohonan.
Klik pautan di atas dan lengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan ke dalam sistem. Maklumat utama yang diperlukan adalah seperti berikut:

Maklumat Pemohon

  • Setiap pemohon MESTI mengisi maklumat telefon bimbit kerana nombor tersebut akan digunakan bagi tujuan Transaction Authorization Code (TAC).
  • Nombor TAC akan digunakan ketika individu ingin mendaftar masuk MyBSH bagi membuat semakan, kemas kini permohonan, cetakan, paparan permohonan atau Peti Mel secara dalam talian.
Maklumat Anak

  • Terhad kepada 4 orang anak sahaja untuk diisi dan layak menerima bantuan
Maklumat Bank

  • Sila isi maklumat Bank anda
Maklumat Waris
  • Hanya waris tertentu yang layak untuk didaftarkan bagi BSH 2020 iaitu sama ada ibu, bapa, pasangan, anak, adik-beradik atau cucu.
Pemohon juga perlu menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti sijil kahwin/sijil cerai/sijil lahir anak. Sijil-sijil ini perlu dimuatnaik ke dalam sistem pendaftaran BSH.

Semasa mengisi permohonan, anda digalakkan untuk memberi maklumat yang tepat dan sahih agar permohonan anda dapat diproses dengan tepat.

Permohonan BSH 2020 Secara Manual Menggunakan Borang

Selain dari permohonan BSH secara online, pengguna juga boleh mengisi borang BSH yang disediakan dan mengemukakan permohonan secara manual. Anda boleh download borang BSH melalui pautan disediakan di bawah.

Baca juga: Pendaftaran Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (EIS) 2020

Pemohon boleh mendapatkan Borang Permohonan BSH 2020 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau muat turun di Portal Rasmi BSH.

Setelah borang permohonan diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup.

Download Borang BSH Online

Anda juga boleh download Borang Permohonan BSH melalui pautan di bawah sebelum mengisi dan menghantar borang tersebut ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup.

Berikut disenaraikan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mengemukakan Permohonan BSH.
Antara dokumen yang diperlukan ketika mengisi borang Bantuan Sara Hidup:


Pemohon
  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Pasangan
  • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / No. KP Lama / Sijil Lahir
Anak

  • Salinan Sijil Lahir
  • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan JPN (bagi anak angkat)
Semakan Permohonan BSH Anda

Pembayaran BSH fasa kedua akan dibuat pada bulan Mei manakala fasa ketiga pada bulan Ogos nanti.

Semakan status permohonan anda boleh dilakukan sama ada di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau melalui aplikasi Bantuan Sara Hidup. Selain itu, anda juga boleh lawati Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk maklumat terkini BSH.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi LHDNM: 1-800-88-2747 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566 untuk semakan status permohonan.

Selain itu, anda juga boleh rujuk FAQ Permohonan Baru yang akan disediakan di bawah:

5 comments:

  1. Byk hari da buat tuk permohonan baru tuk brim.. Asik xboleh ja, ap citer.. Ckp boleh buat o9..mmg xbole buat permohonan baru o9 pkai hp ka?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,saya ingin bertanya,saya nk mendaftar untuk perhomonan wang bantuan BSH ni,tapi saya masih lagi belum jumpa link yang betoi² rasmi,boleh kaa tidak anda menolong saya🙏

    ReplyDelete
  3. Tulah pasal...semua xdapat longin....macam tiada keikhlasan je..asik2 pergi kecawangn berdekatan...bagus xpyah buat sistem online

    ReplyDelete
  4. Salam.saya budak tingkatan enam mcm mana saya nak mohon.mohon hantar link kepada saya

    ReplyDelete

Join Channel Telegram Graduan Semasa