[ Kolej Poly-Tech Mara ] Permohonan dan Semakan Permohonan - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

February 19, 2020

[ Kolej Poly-Tech Mara ] Permohonan dan Semakan Permohonan

[Kolej Poly-Tech Mara] Permohonan dan Semakan Permohonan Memasuki KPTM Ambilan Janurai & April 2020

Perhatian kepada mereka yang baru sahaja menamatkan sesi persekolahan di peringkat menengah (SPM) atau setaraf dengannya yang berminat untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat Institut Pengajian Tinggi. Untuk pengetahuan semua, Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) telah membuka kuota pengambilan pelajar untuk sesi JANUARI dan APRIL 2020.

Untuk makluman anda semua, KPTM adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dikelolakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), Terdapat pelbagai program menarik yang ditawarkan oleh KPTM tidak kiralah dari pengajian peringkat Asasi, Diploma, Program profesional, Program Ijazah, Sarjana muda mahupun Doktor Falsafah.


Permohonan Ke Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)

Jika anda berhasrat untuk melanjutkan pengajian anda di KPTM, anda boleh menghantar permohonan melalui Online. Dinasihatkan agar anda mengikuti tatacara permohonan yang telah ditetapkan. Permohonan ke KPTM secara online boleh dilakukan melalui link ini. KPTM ONLINE.

Tatacara Permohonan Secara Online
Sebelum anda melakukan permohonan, sila pastikan terlebih dahulu maklumat berikut ada bersama anda:


  1. Nombor kad pengenalan pemohon.
  2. Alamat Email pemohon yang aktif untuk tujuan permohonan
  3. Keputusan SPM, STPM,Diploma atau mana-mana kelayakan yang bersesuaian.
  4. Maklumat ibu bapa atau penjaga.
  5. Pilihan program yang bakal di pilih oleh pemohon

Senarai Program yang Ditawarkan KPTM

Antara program-program yang ditawarkan oleh KPTM adalah seperti berikut, Kami telah menyenaraikan mengikut program dan lokasi:


Untuk maklumat lanjut berkaitan program yang ditawarkan seperti pengenalan program, syarat kemasukan dan peluang kerjaya untuk program tersebut, Pemohon boleh merujuknya di SINI.
Semakan Permohonan KPTM 2020

Setelah anda selesai melakukan permohonan dengan mengisi borang maklumat yang diperlukan. Anda boleh melakukan semakan permohonan di portal pengambilan pelajar baharu di http://application.kptm.edu.my/v2/. Untuk menyemak keputusan permohonan, anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda semasa memohon dan masukkan nombor yang disediakan, Kemudian klik pada butang hantar.
Semakan permohonan KPTM

Kesimpulan

Kami di Graduan Semasa berharap dengan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat permohonan dan semakan permohonan ke KPTM 2020. Juga kami berharap agar segala urusan anda dipermudahkan dan berjaya mendapat tempat di KPTM. Kongsikan artikel ini pada rakan – rakan dan keluarga anda. Selamat maju jaya kami ucapkan.

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa