Pendaftaran Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO SIP (EIS) 2020 - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

January 20, 2020

Pendaftaran Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO SIP (EIS) 2020


Pendaftaran Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO SIP (EIS) 2020



Merujuk kepada anda yang telah kehilangan pekerjaan pada 1 Januari 2018, anda sebenarnya boleh membuat permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) atau dikenali juga sebagai Employee Insurance System (EIS).

Melalui SIP atau lebih dikenali sebagai EIS, sistem ini telah menyediakan program penempatan pekerjaan semula dan faedah tunai interim.

Dengan wujudnya program sebegini, bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) akan diberikan iaitu sebanyak RM600 (maksimum 3 bulan).

Untuk makluman semua warganegara Malaysia yang mana telah mencarum dengan PERKESO adalah layak memohon SIP/ EIS ini kecuali untuk mereka yang hilang pekerjaan akibat salah laku atau dikenali sebagai (misconduct), perletakan jawatan sukarela, tamat kontrak dan juga bersara.


Tambahan pula, program ini juga turut meringankan beban pencarum PERKESO yang telah kehilangan pekerjaan agar mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.

SISTEM INSURANS PEKERJAAN PERKESO



PM Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dimana dengan adanya sistem ini akan dinikmati 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta dengan jangkaan bayaran faedah yang boleh dibuat mulai 1 Januari 2019.

Pelaksanaan SIP bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapat bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

SIP merupakan terdiri dengan dua komponen utama iaitu insurans pekerjaan (Employment Insurance) dan Active Labour Market Policies (ALMPs).

  • Komponen pertama: pekerja yang terjejas akan diberikan bantuan kewangan sementara untuk menyokong diri dan keluarga mereka semasa mencari pekerjaan baharu. Mereka juga akan diberikan bantuan kewangan tambahan jika mereka menjalani program latihan yang diakreditasi untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

  • Komponen kedua: pekerja yang terjejas akan disokong oleh program perkhidmatan pekerjaan semula bagi membantu para pencari kerja mendapatkan pekerjaan secepat mungkin yang baru dan sesuai. Ini termasuk bantuan kaunseling kerjaya, carian dan padanan pekerjaan serta latihan.Bagi membuat permohonan Sistem Insurans Pekerjaan ianya hanya boleh dibuat sekali, dengan tuntutan maksimum sebanyak tiga kali dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018.

Antara faedah SIP termasuklah:



  • Menyediakan bantuan dan sokongan pekerjaan kepada Orang yang mempunyai insurans untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian

  • Menyediakan elaun untuk mencari pekerjaan bagi tempoh 1 – 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula (EMP)
  • Menyediakan elaun untuk bekerja semula awal sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera (EBSA)
  • Menyediakan elaun kepada pendapatan berkurangan bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan (EPB)
  • Menyediakan latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan (EL)
  • Menyediakan pembiayaan yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar (FL)
Untuk membolehkan anda membuat tuntutan SIP, anda dan bekas majikan perlu mencarum sebanyak RM1.90 sekiranya berpendapatan RM1,000 sebulan atau RM7.90 bagi gaji melebihi RM5,000 ke atas.

Faedah bergantung dengan syarat kelayakan caruman minima sebanyak 12 bulan atau maksima 24 bulan bagi setiap tuntutan.

Bantuan kewangan diberikan selama 6 bulan maksimum, dan berjumlah RM10,800 maksimum.

APAKAH ELAUN MENCARI PEKERJAAN (EMP)?

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) akan diberikan terus kepada penganggur dalam masa pencarian kerja untuk tempoh 3 hingga 6 bulan.

Jumlah EMP bergantung dengan peratusan kadar bulanan menurun daripada 80%, 50%, 40%, 40%, 30% dan 30% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD).

Selanjutnya, penerima faedah EMP haruslah mendaftar diri sebagai pencari kerja dan akan mengikuti program penempatan semula pekerjaan secara aktif.

Apabila menerima EMP, seseorang penerima faedah juga layak menerima EBSA dan EL mengikut syarat kelayakan di dalam masa yang sama.

APAKAH ELAUN BEKERJA SEMULA AWAL (EBSA)?

  1. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) akan menggalakkan orang yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan baru dalam tempoh yang singkat. Oleh sebab itu, mereka yang menganggur dan tiada inisiatif untuk mencari kerja dengan segera sebaliknya ingin menghabiskan waktu menganggur mereka dan menikmati bayaran EMP sehingga 6 bulan.
  2. Bagi pekerja yang sudah kembali bekerja semula akan menerima gaji pada akhir bulan pertama, dengan itu EBSA merupakan bantuan kewangan sementara sehingga dia menerima gaji bagi bulan tersebut.
  3. EBSA menggalakkan penganggur kembali bekerja secepat mungkin yang secara tidak langsung akan menjimatkan dana dan menggalakkan penganggur lebih produktif serta mengelakkan pengangguran jangka panjang (lebih daripada 6 bulan).
APAKAH ELAUN LATIHAN (EL)?

  1. Elaun untuk latihan (EL) akan di bayar dengan pekerja dengan dasar permohonan dan keperluan beliau. EL merupakan 25% daripada gaji yang diinsurankan (GYD). Oleh itu, ia akan dibayar secara bulanan dengan kadar minimum RM10 dan maksimum RM20 sehari mengikut bilangan hari latihan yang dihadiri.
  2. Modul dan jenis latihan adalah mengikut pasaran kerja yang ditentukan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau agensi-agensi lain. Pada masa hadapan, latihan keusahawanan juga mungkin menjadi sebahagian daripada latihan vokasional jika ia membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan.
BAGAIMANA FI LATIHAN (FL) DIBAYAR?

  1. Fi Latihan (TF) akan dibayar terus kepada penyedia latihan berdasarkan kehadiran OB ke program latihan yang telah dijalankan. Penyedia latihan haruslah berdaftar dengan PERKESO sebagai penyedia latihan yang diiktiraf untuk memberi latihan kepada OB. Standard dan kualiti penyedia latihan akan dipantau dengan teliti oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sementara itu, modul dan jenis kursus latihan akan ditentukan oleh Kementerian dan mestilah sejajar dengan program pasaran buruh yang aktif.
  2. Pada masa hadapan, latihan keusahawanan juga mungkin menjadi sebahagian daripada latihan vokasional jika ia membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan.
APAKAH ELAUN PENDAPATAN BERKURANG (EPB)

  1. Elaun Pendapatan Berkurang(EPB) akan dibayar secara sekaligus (lump sum) kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan bagi majikan yang telah menamatkan pekerjaannya tetapi masih bekerja dengan majikan yang lain, memandangkan sumber pendapatannya telah berkurangan.
  2. Pengiraan EPB adalah sama contohnya Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) iaitu dengan peratusan faedah menurun 80%, 50%, 40%, 40% 30% dan 30% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD).
BAGAIMANA MEMOHON SIP PERKESO?

Bagi membuat permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO boleh dibuat atas talian (on-line) dengan mengisi serta melampirkan borang dan perintah/ surat pengesahan termasuk mendaftar diri sebagai pencari kerja.

Bagi permohonan yang lengkap akan diproses terus dan disemak kelayakan berdasarkan kelayakan am dan syarat kelayakan caruman.

Seterusnya, permohonan akan disalurkan ke PERKESO/ JTK / JPP bagi tujuan menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku.

Setelah kelulusan sudah dibuat, penyediaan baucer dan pemidahan wang akan dibuat terus ke dalam akaun pemohon.

KADAR CARUMAN EIS

Kadar caruman bagi SIP adalah campuran 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.

Contohnya, jika gaji pekerja berjumlah RM3,000 maka SIP bernilai:

0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer pekerja)
0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer majikan)

Jumlah = RM12.20

Nota: Jumlah wang yang ditolak daripada gaji hanyalah RM6.10 daripada syer pekerja sahaja.

Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

Bagi pekerja yang melanggar peraturan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO dan didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan didenda maksimum RM10,000.

STATISTIK PEMBERHENTIAN KERJA 2015-2017

Statistik pemberhentian untuk 3 tahun kebelakangan ini ialah 44,343 (2015), 37,699 (2016) dan 17,798 (sehingga Jun 2017).

Namun demikian, berdasarkan kajian oleh ILO jumlah sebenar pekerja yang kehilangan pekerjaan lebih tinggi daripada kadar yang dilaporkan kepada JTK.

Berdasarkan kajian tenaga buruh tahun 2015, kadar pengangguran sebanyak 3.5% atau 450,000 penganggur, 70% (314,000) digunakan untuk pernah bekerja sebelum menjadi penganggur, yang pada asasnya berpotensi untuk menuntut faedah SIP.

Dalam kegawatan ekonomi tahun 1997/1998, bilangan pekerja tempatan yang diberhentikan adalah 121,222. Manakala 2007/2009, seramai 154,000 pekerja tempatan diberhentikan semasa krisis subprima USA.

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi SIP di https://www.perkeso.gov.my/sip/

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa