[ BSH ] Permohonan Baru & Kemaskini BSH 2020 - MyKerjaya!

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

December 30, 2019

[ BSH ] Permohonan Baru & Kemaskini BSH 2020




Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Online.
December 31, 2019


Kepada rakyat Malaysia yang menerima BSH 2020 untuk fasa 1, anda dikehendaki untuk mengemaskini Bantuan Sara Hidup anda bermula 1 Februari di portal rasmi BSH.

Kepada rakyat Malaysia yang ingin memohon, Permohonan yang baharu juga telah dibuka kepada mereka yang layak.

Berikut kami kongsikan cara mngemaskini permohonan BSH anda.


PENDAFTARAN BSH TELAH DIPERMUDAH.

Sehingga 20 Februari pada tahun lepas, lebih daripada 900,000 pemohon BSH telah diterima.

Ianya merangkumi sebanyak 200,000 permohonan baharu dan 700,000 lagi permohonan yang telah dikemaskini.

Dan yang terkini, BSH untuk orang bujang adalah sebanyak RM300 akan diagihkan pada penghujung bulan Mac akan datang.

Sebelum ini ramai rakyat Malaysia yang mengeluh terhadap sistem permohonan dimana mereka menghadapi kesukaran untuk mengemaskini permohonan BSH mereka.

Dan untuk mengelakkan masalah yang sama berlaku, MOF telah memudahkan proses pendaftaran agar kelancaran program BSH fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos dapat dicapai.

  • Borang permohonan BSH 2020 akan diterima walaupun pemohon tidak menyertakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa penghantaran. Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam Borang BSH yang dihantar oleh pemohon sahaja;
  • Pemohon juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian di mana memuat naik dokumen yang diperlukan bukan lagi syarat wajib; dan
  • Bagi anda yang berumur 60 tahun ke atas, anda tidak perlu bersusah payah untuk mengemaskini maklumat peribadi melainkan jika terdapat perubahan maklumat, LHDNM akan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses.
  • Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan yang lenih lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1-800- 88-2747 atau e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my

12 KATEGORI TIDAK LAYAK BSH

Sebelum itu, dibawah merupakan 12 kategori warganegara yang tidak layak memohon Bantuan Sara Hidup tahun ini. Antaranya:
1. Pendapatan sebulan yang melebihi RM4,000
2. Menetap di luar Malaysia
3. Individu bujang yang berumur 59 tahun ke bawah
4. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
6. Memiliki dua / lebih perniagaan milikan tunggal
7. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
8. Pemegang saham / pengarah syarikat
9. Memiliki kenderaan dalam negara yang melebihi 2,000cc
10. Memiliki kenderaan luar negara yang melebihi 1,400cc
11. Memiliki motosikal yang melebihi 500cc
12. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Sekiranya anda adalah tergolong salah satu antara senarai di atas, harap maaf BSH tahun ini bukanlah untuk anda.

Jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk mengemaskini BSH atau membuat sebarang permohonan yang baharu memandangkan permohonan anda akan ditolak serta merta.

KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2020

Berdasarkan maklumat terkini yang telah kami terima, hanya 1 golongan iaitu golongan warga emas yang tidak perlu menge,askini permohonan BSH mereka.

Warganegara yang menerima BSH fasa pertama sebelum ini wajib mengemaskini Bantuan Sara Hidup mereka secara atas talian atau menghadirkan diri ke mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran.


Kegagalan untuk mengemaskini info dan butir-butir BSH akan menyebabkan permohonan BSH anda ditolak dan tidak akan diproses dan berkemungkinan anda tidak lagi akan menerima BSH untuk fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos akan datang.

Antara maklumat yang diperlukan ketika proses kemaskini termasuklah:
1. Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
2. Alamat surat menyurat terkini dan emel
3. Nombor telefon bimbit dan rumah
4. Maklumat akaun bank
5. Maklumat pasangan dan tanggungan
6. Maklumat waris

Segala info dan maklumat tanggungan BSH 2018 tidak akan dibawa ke sesi pembayaran yang akan datang. Jadi tugas anda adalah anda perlu membuat pendaftaran semula maklumat yang dikehendaki yang terkini.

Ini termasuklah segala maklumat sokongan yang perlu anda kemukakan sekali lagi untuk kelayakan BSH 2020.

Untuk BSH, Slip gaji adalah tidak diperlukan memandangkan LHDNM mempunyai rekod dan akan menggunakan data dari agensi berkaitan untuk pengesahan maklumat pendapatan pemohon Bantuan Sara Hidup.

Dan sekiranya anda mempunyai pasangan yang telah menerima BSH pada 2018 tetapi telah meninggal dunia, anda bolehlah membuat permohonan yang baharu dengan menggunakan maklumat status perkahwinan yang terkini.

Anda dinasihatkan agar jangan sesekali menggunakan maklumat palsu ketika mengemaskini permohonan.

Sekiranya anda didapati bersalah, anda boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenarai hitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BSH.

Tarikh tutup kemaskini BSH 2020 adalah pada 15 Mac nanti.

CARA KEMASKINI BSH ONLINE

Jika anda ingin mengemaskini secara manual, anda boleh berbuat demikian di mana-mana cawangan LHDNM.

Jika anda ingin mengemaskini BSH secara online, anda boleh melayari portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my/

Seterusnya, sila pilih MyBSH dan sila masukkan nombor kad pengenalan anda.

Jika anda berjaya log masuk ke dalam sistem kemaskini BSH, pastikan anda menyemak dan melengkapkan maklumat permohonan yang terkini.


Dan anda diingatkan supaya tidak lupa untuk melengkapkan maklumat bank anda dengan memasukkan nombor akaun bank yang masih aktif.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang proses mengemaskini Bantuan Sara Hidup, sila download PDF ini.


PERMOHONAN BARU BSH 2020

Permohonan boleh dibuat secara online atau dengan mengisi borang permohonan manual

Untuk permohonan online, sila ke portal rasmi BSH dan klik pada butang Permohonan BSH

Untuk permohonan melalui borang, anda boleh download borang-borang seperti di bawah:
1. Borang Permohonan
2. Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok
3. Borang Pembatalan BSH
4. Borang Serahan Dokumen Sokongan
5. Borang Kemaskini Maklumat Waris

Kesemua borang ini boleh dihantar ke kaunter-kaunter LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), pejabat SUK negeri atau di pejabat daerah berhampiran.

Penghantaran borang juga boleh dibuat secara pos ke alamat berikut:

Peti Surat BSH
GPO Shah Alam
40800 Selangor

Sekali lagi diingatkan, hanya tiga kategori berikut layak untuk memohon BSH 2019:
1. Kahwin
2. Ibu bapa tunggal yang mempunyai anak
3. Warga emas sebatang kara

Untuk pemohon kategori kahwin, anda perlulah memenuhi syarat-syarat di bawah:
1. Warganegara Malaysia
2. Berpendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah
3. Pasangan mestilah Warganegara Malaysia
4. Jika pasangan bukan warganegara mestilah mempunyai anak yang warganegara
5. Hubungan anak mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
6. Anak mestilah berumur 18 tahun ke bawah
7. Kecuali anak berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar di IPTA
8. Atau OKU yang berdaftar dengan JKM
9. Anak mestilah tiada pendapatan / tidak bekerja

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang proses kemaskini dan permohonan baru, anda boleh download PDF ini.

No comments:

Post a Comment

Join Channel Telegram Graduan Semasa